Sunday, October 10, 2010

RM1.00............

RM1?

Begitulah nilai sekeping nota berharga RM1.00....
Setiap rakyat Malaysia sudah tentu memiliki RM1.00 walaupun orang papa dan muflis.RM1.00 dimiliki semua rakyat Malaysia...

Bagaimana mahu menjadikannya jariah?

Kita tahu masih banyak negara miskin seperti Kemboja,Somalia,Thailand,Filipina,Indonesia,Burma,Vietnam,Sudan ,Palestin dan lain-lain negara masih wujud golongan miskin.

Ada kampung orang islam yang masih tidak mempunyai masjid atau surau.Ia berlaku di negara di mana orang islam menjadi minoriti.

Itulah yang berlaku di Thailand,Kemboja,Filipina dan negara Asia lain.Lawat dan ziarahilah mereka jika ingin melihat sendiri kedaifan umat islam di negara lain terutama Asia.

Jika dikira rakyat Malaysia 28 juta dan separuh adalah org Melayu Islam,maka jumlahnya 14 juta.

RM1.00 seorang akan menghasilkan RM14 juta.

Wang tersebut boleh dihulurkan kepada mereka untuk membeli Quran,sejadah,telekong,pakaian biasa,membina sekolah,masjid dan sebagainya.Ia juga boleh dibina pusat kemahiran dan kursus untuk mendidik mereka mencari wang dan keluar dari garis kemiskinan.

Negara kita ada JKM,Pusat Zakat,NGO dan sebagainya.Mereka tiada....Hanya ihsan belas simpati orang islam di luar yang peka dan prihatin...

Jika seorang menjariahkan RM1.00 sebulan,setahun sudah berjaya RM168 juta.

Wang tersebut boleh digunakan untuk pembangunan negara-negara miskin terutama org islam di negara minoriti yang tidak dihiraukan kerajaan bukan islam.

Wang RM1.00 adalah kecil jumlahnya namun kepekaan dan komited rakyat Malaysia akan menjadikannya besar dan mampu membantu saudara seislam kita yang masih miskin dan papa.

Kita tidak akan miskin dengan menjariahkan RM1.00.Hanya orang bakhil dan tamak takut kehilangan RM1.00.

Sudikah kita mengorbankan RM1.00 setiap bulan?tepuk dada tanya Iman........

No comments:

Post a Comment